Saturday, December 31, 2011

2011 tata..salam 2012

4jam lebih lagi..... 

hari-hariku...
sepanjang tahun ni..
saya buat apa?
saya habiskan masa..baca diari 2011 saya..tak lengkap. tapi cukup buat saya rasa macam..entah pape..
kadang-kadang penuh dengan aktiviti, hostel macam hotel, jadi tempat salin baju and tempat tidur je, kadang-kadang..kosong je..takde buat apa pun.. makan tidor..tidor dan tidor..

saya bosan..jadi baca cerita 2010, apa azamnya.. baca balik diari 2009...2008.. tiap tahun buat azam baru..tapi bila reflect.takde pape pun..takde yang berubah..

saya cuba bahagi masa...masa untuk belajar.masa untuk berhibur, masa untuk keluarga..masa untuk ....masa untuk Allah..

tapi.. saya lambat sikit sedar yang..kenapa kita nak bahagi masa untuk Allah.. bila setiap detik, setiap kali kita bernafas..setiap saat yang berlalu dan bakal kita lalui...semua tu sepatutnya memang untuk Allah..bukan hanya waktu kita solat 5 kali yang fardhu tu..


selamat tahun baru 2012..

p/s: sayangnya nak tinggalkan angka belasan.. 

Friday, December 30, 2011

Pandangan kita-kita.[akulah] [2]

kadang-kadang kita cepat sangat buat conclusion sendiri..

tak fikir panjang..  kita dah tambah satu dosa  untuk diri ..tak cukup banyak lagi ke?

[1]

A: bla bla bla..[sedang bercerita/bertanya]
B: [senyap..tak layan..]
A: ish budak ni.. marah kat aku ? [sambil bising-bising.] C, tengok la B ni.. dia marah kat aku, merajuk, kenapa dia berubah er sekarang?
B: [baru sedar ada orang cakap pasal dia..] mengata er..?
A: tak delah
B: aik.. [fikir si A marah dia..]


maka senyap dua-dua..bergaduh lah..


mungkin.. Si B tak layan sebab dia pikir mende lain masa tu.. mungkin dia ada masalah.. kadang-kadang, kita cepat sangat wat konklusi sendiri.. pentingkan diri..itu kita..Si B,, sepatutnya minta maaf la jugak.. sebab salah dia/walaupun tak sedar terbuat salah..


[2]

kite janji ngan kawan kita...nak jumpa sekian2..
tapi kawan kita tak sampai2..atau lambat sampai...
apa yang terjadi, ? ramai antara kita yang menyumpah2,,paling kurang bersungut..[betul ke perkataan tu?]
tapi bila kita taw yang sebenarnya ada sesuatu yang terjadi yang buat kawan kita tu tak dapat penuhi janji dia...kita rasa bersalah sangat.. ada kita mintak maaf? tak ramai jugak yang buat macam tu...


[3]
ada satu masa, kita ingat kita dah betul, tiba-tiba, orang buat tak ikut apa yang kita rasa betul, kita rasa marah, kita rasa bengang..

perkara yang sama terjadi.. orang tu pun ingat dia dah betul..jadi bila kita buat lain, dia marah, dia pun rasa bengang.


masa ni, cuba duduk semeja. berbincang, masa ni..hilangkan sikap ego. sebab sekarang kita cuba nak cari penyelesaian.. kita berdua ada rationalnya mengapa kita berdua buat macam tu..
mungkin benar kita betul.. tapi mungkin cara kita salah...mungkin sebaliknya.. :)


dapat tak?

cuba fahami orang lain,respect.  jangan selfish sangat, sebab otak kita lain-lain. cuba hormat pandangan orang. kalau tak setuju pun, jangan la bengang2...bawak merata2 pasal tu..orang yang tak taw pun tiba-tiba terlibat sama... bincang la elok2 dengan empunya diri....insyaAllah, dapat penyelesaiannya..kalau pun tak dapat, sekurang-kurangnya, kita tahu rational nya.

[4]

kawan kita ada terbuat silap, kita tak tegur sebab... kita anggap dia dah tahu, dia dah besar, dah hidup berbelas tahun kat dunia ni..kita pikir, takkan dia tak tahu lagi.. takkan kita nak tegur mende macam tu, pikir sendiri lah..

tapi mungkin benar dia tak taw..or..lupa?


dia terus buat sebab dia tak tahu yang benda tu salah... yang hinanya kita..sebab hakikatnya kita tahu..tapi kita tak ingatkan..






...
kita taw, tak semestinya kita betul..
kita betul, tak semestinya kita taw..

positif.kan lagi baik..[untuk certain perkara..]






p/s : lessonplanlessonplanlessonplanlessonplanlessonplanlessonplanlessonplanlessonplanlessonplan.you.make.me.crazy.




Tuesday, December 20, 2011

bakpe Allah suruh kite Solat..

sangat simple tapi menjawab.
http://dhiah.com/dialog-9-kenapa-tuhan-suruh-kita-solat/

Dialog 9 (Kenapa Tuhan Suruh Kita Solat?)

Pada suatu petang yang berbahang (dek teriknya mentari dan keringnya udara) anak-anakku telah bertanya kepadaku tentang faedah solat. Pertanyaan itu terbit ekoran daripada tindakanku menegur salah seorang daripada mereka yang solat terlalu laju tanpa toma´ninah.

Anak: Kenapa mama suruh kita orang solat?

Aku: Bukan mama yang suruh nak, mama cuma menyampaikan apa yang Tuhan suruh.

Anak: Apa faedahnya solat tu mama, kadang-kadang rasa letih bila solat (buat muka letih).

Aku: Ada sesiapa boleh beritahu mama, agaknya mengapa Tuhan suruh kita solat?

Anak: Mmm, supaya syaitan tak ganggu kita?

Aku: Tuhan boleh fardukan kita supaya membaca al-Quran sahaja kalau tak nak syaitan ganggu kita. Tapi, mengapa Tuhan fardukan sembahyang? Dan mengapa lima waktu? Mengapa tidak sekali atau dua kali sahaja?

Anak: Mmm, supaya kita boleh berdoa macam-macam kepada Tuhan?

Aku: Jika sekadar untuk berdoa, Tuhan boleh fardukan kita supaya mengangkat tangan ke atas dan kemukakan apa yang hendak dipinta sahaja tanpa perlu sembahyang. Persoalannya, mengapa Tuhan mewajibkan solat ke atas kita?

Anak: Mmm, supaya kita jadi orang yang baik?

Aku: Pandai! Supaya kita menjadi manusia yang baik. Ok, sekarang boleh terangkan kepada mama, macam mana solat boleh membentuk kita menjadi manusia yang baik?

Anak: Mmm, macam mana ya? Bila kita solat mama tak marah, tak denda kita?

Aku: Ok, beritahu mama, apa itu solat?

Anak: Mmm, solat itu sembahyanglah.

Aku: Ya, betul. Ok, beritahu mama apa perlu kita buat supaya kita dikatakan bersolat?

Anak: Mmm, angkat takbir, baca fatihah, rukuk, bangun, sujud, salam?

Aku: Pandai! Ok, sekarang beritahu mama, sebelum solat apa kita kena buat dulu?

Anak: Mmm, pakai telekung?

Aku: Betul! Ok, sebelum pakai telekung?

Anak: Mmm, wuduk?

Aku: Bagus! Boleh ceritakan pada mama, wuduk itu apa?

Anak: Mmm, bersihkan badan?

Aku: Bersihkan sebahagian anggota badan, bagus! Ok, sebelum berwuduk, apa perlu kita buat dulu?

Anak: Mmm, masuk bilik airlah?

Aku: Pandai! Ok, sebelum masuk bilik air?

Anak: Mmm, pakai tuala dulu?

Aku: Hihihi (gelak kecil). Ok, betul, pakai tuala. Sebelum tu? Maksud mama, apa yang perlu kita lihat dahulu sebelum kita ke bilik air untuk berwuduk?

Anak: Mmm, lihat jam?

Aku: Bagus, pandai! Tapi, kenapa kita perlu lihat jam?

Anak: Mmm, sebab nak tahu dah masuk ke belum waktu sembahyang?

Aku: Bijak! Tapi, kenapa kita kena tahu dah masuk ke belum waktu solat?

Anak: Mmm, supaya kita solat dalam waktu?

Aku: Pandai! Sekarang cuba beritahu mama semula, perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum solat, ikut turutan.

Anak: Mmm, mula-mula tengok jam. Dah masuk waktu, pergi bilik air, wuduk. Dah wuduk, pakai telekung. Dah pakai telekung, berdiri, kemudian angkat takbir, lepas tu baca fatihah, rukuk, bangun, sujud, duduk antara dua sujud, bangun, bla, bla, bla, dan seterusnya hingga salam. Lepas solat, berdoa?

Aku: Wuaa, pandai! Bagus! Ok, sekarang mari kita persoalkan satu persatu setiap tindakan yang telah disenaraikan itu. Pertama, boleh beritahu mama, jika Tuhan tidak mengfardukan solat, agak-agaknya kita kisah tak tentang waktu? Kita nak tengok tak jam kerap-kerap?

Anak: Mmm, mungkin tak!

Aku: Kedua, jika Tuhan tidak mewajibkan solat, agak-agaknya kita nak basuh tak badan kita kerap-kerap sekurang-kurangnya lima kali sehari?

Anak: Mmm, tak kut?

Aku: Ketiga, jika Tuhan tidak menyuruh hambanya solat, rasa-rasanya kita malu dan pelik tak keluar rumah dengan mendedahkan aurat?

Anak: Mmm, rasa-rasanya tak malu, dan tak pelik!

Aku: Keempat, jika Tuhan tidak memerintahkan kita bersolat, kita sanggup tak berdiri untuk satu tempoh, kemudian rukuk, kemudian sujud, kemudian duduk, kemudian bangun semula, kemudian duduk semula, berulang kali?

Anak: Mmm, tak sanggup aarr, macam penat jerr.

Aku: Bagus! Anak-anak mama semua pandai.

Anak: (Sengeh gigi kapak).

Aku: Ok, setelah menjawab semua persoalan tersebut, sekarang mari kita fikir apa yang tersembunyi di sebalik semua jawapan itu. Yang tersembunyi itulah yang dipanggil hikmah atau faedah.

Anak: Aarr? Apa tu mama? (berkerut)

Aku: Pertama, jika Tuhan tidak mengfardukan solat, mungkin kita tidak akan kisah dengan waktu. Maka hikmah solat ialah, mengajar manusia mengurus waktu. Kedua, jika Tuhan tidak memerintahkan solat, mungkin kita tidak akan menyucikan tubuh kita dengan kerap atau langsung tidak menyucinya. Hikmahnya, solat mengajar manusia tentang kebersihan. Ketiga, jika Tuhan tidak menyuruh kita bersolat, mungkin kita tidak akan berasa malu atau pelik untuk mendedahkan aurat. Maka hikmah solat, mengajar manusia agar menjaga dan menutup aurat. Keempat, jika Tuhan tidak mewajibkan solat, mungkin kita akan keberatan untuk melakukan amalan-amalan yang menjadi rukun di dalam solat yang memerlukan fokus, kesabaran dan disiplin yang tinggi. Hikmahnya, solat mendidik manusia agar berdisiplin.

Anak: (Terlopong, takjub).

Aku: Apabila manusia bijak mengurus waktu, tahu menjaga kebersihan diri, memelihara aurat dan berdisiplin tinggi di dalam hidup, maka jadilah manusia tersebut manusia yang baik. Kesimpulannya, solat membentuk manusia menjadi makhluk yang baik dan bermutu.

Anak: Ooo (angguk-angguk kepala).

Aku: Sekarang, faham kenapa Tuhan suruh kita solat? Atau faedah solat?

Anak: Faham, mama! (menjawab serentak).

Aku: Bagus! Moga Allah merahmatimu. Amin.

Anak: (Bertebaran mencari telekung).

Aku: Ehmm, wuduk dulu ya.

Anak: Eh lupa! (berlari ke bilik air).

Aku: Harr, tengok jam dulu, dah masuk ke belum waktunya?

Anak: Aisey, lupa lagi (keluar dari bilik air, berlari tengok jam).

Aku: Hahaha (gelak bahagia).

Friday, December 16, 2011

JOm.. :D

jom tengok video2 OSEM..

kat http://angelwearsgucci.blogspot.com


ummah films.. : sorry trlmbt 1minggu, bru dpt online secara smooth..

so, what will people say?

whatt?

Monday, November 28, 2011

Pandangan kita-kita.[akulah]


Mindset.  Perspective .  

Haih.. aku tak tahu apa masalah aku. Huuhh..
Ni contoh nya.

Situasi :ketika berada di dapur. Si B nak buat air
A : hi, tengah wat air apa?
B : air teh, nak gak tak? Aku boleh tolong buatkan.
A : boleh gak, time kasih.
B : dah siap, nah khas untuk kau.
A : tQ! (minum…..)  burrrrgh (tersembur)… kenapa manis sangat nih..
B : err, bukan orang kelantan suka manis ke?
A : ....  … …. Huuh…ok…

First  of all, situasi kat atas tu tipu jerr
Second of all,  terima kasih sebab concern./wtkan air.. (walau tu citer tipu)
Third ,aku sorang ke mengalami masalah tentang mindset ni?
Fourth. Tak semua orang Kelantan suka manis. Yang giler giler.
Tolonglah, korang pun minum gak kan, normal la letak gula dalam air. Tapi bila kau kata semua orang macam tu, kau dah letakkan satu konklusi yang muktamad ikut kepala kau. Oklah.betul. research kata, orang negeri tu, suka begitu.. suka begini.. tapi tu  yang mewakili beberapa kerat je manusia-manusia yang memang macamtu. Bukan semua, jadi janganlah terus jump to the dead conclusion. Bosanlah. Takkan semua orang sama je.

Cerita pasal jari pun masalah,
Kau genggam tangan, kau angkat jari kelingking(yang last paling kurus and kecik)
Apa tanggapan orang?
Aku Tanya orang…
Katanya, tu tanda… nak kencing..budak-budak kecik tunjuk macam tuu..
Tapi bagi aku..tu tanda nak ikat janji..(sebab tak pernah dengar pasal kencing tuu)

Angkat jari manis(sebelah jari kelingking), nak suruh sarung cincin, nak tunjuk jari masih kosong (single lagi la tu..) nak tunjuk jari ada cincin ( tu tanda dah berpunya, padahal, kalau tengok, most perempuan sekarang pakai cincin kat jari tuu.. single ke tak, pakai je.)

Angkat jari telunjuk (sebelah ibu jari) tu tunjuk kat orang kot, entahlah..

Angkat ibu jari ( yang paling ibuu-err, hee)  tu tanda nak tunjuk baik..terbaik(macam boboi boy), okay, bereh..etc.etc.

Tapi bila angkat jari hantu ( jari tengah) orang teringat cerita waris jari hantu..(xde puunn)  , orang ingat kau tengah tunjuk f*ck kat dorang. Menyampah tak? Kau takde niat pun.. kau masa tu bangang boleh pulak tertukar jari telunjuk ngan jari tengah.. kesian jari tengah, orang anggap kau gitu…sedih taw. Function dia dah jadi limited. Ha3..[gelak kesian] ...  p/s : kalau  mmg niat, huuuuu~~

Tu baru citer sal jari,
Tapi apa yang penting aku nak highlight kat sini bukan tentang jari, bukan tentang manisnya gula.. tapi tentang mindset, betapa pemikiran kita kadang-kadang boleh jadi tersangat sempit…

p/s: orang kata… tak dapat, maka takde rezeki, tapi terfikir tak.. boleh jadi,bila dia tak dapat itu lah rezeki dia?..hee…. faham sendiri ah, senang je.

daa..


p/s 2: kau sekolah agama, mindset orang bila kau sekolah macam tu, peribadi kau mestilah baik padahal kau tak pun, perangai macam bangang,ckap lepas, mengumpat xabes, orang kata, luaran menggambarkan peribadi, tapi luaran kau tak macam peribadi kau, bila jadi gitu.. cubalah bergerak kepada yang lebih baik, kita xsempurna, tapi kita cuba menjadi baik, kau bukan boleh puaskan hati semua orang, jadi wat terbaik jelah.baik di mata orang, paling penting, baik di 'mata' Allah. ppl, aint perfect. 




p/s 3 : busy , god knows schedule, . unexpected events n so on ,, it just , i miss my mom so much.

Wednesday, November 9, 2011

new semester -coming soon.../ selamat pagi.

IV



Kod KursusxNama KursusStatus KursusSemesterJam Kredit
BES1043ENGLISH PROFICIENCY IVB43
BTS1083INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYB43
BTS1113LANGUAGE TESTING & EVALUATIONB43
SKK1053ASAS PENYELIDIKANB43
BTS1103DESCRIPTION OF ENGLISHB43
BTS1092ENGLISH CAMP IIB42
BTS1072MICRO TEACHINGB42
BPS1051PENDIDIKAN JASMANI & GERAKERJAB41
UIQ1010TAJWID AL-QURANB40
Jumlah Kredit Didaftar20


apa semua ni.. apa ni.. haha..

mood : blur setelah tak paham maksud subjek2..


ni gambar amek pagi takdi








Sunday, November 6, 2011

tagging 0.o



so, ni entry khas untuk member satu kelas aku.. @aslam taslim. haha.ok man, aku ingat dalam entry ang kata
yang ni first time orang tag kat ang. haha. oke.for the same reason, aku pun ase cam nak nangis. terharu nii *.*



Rules of teh game :
1. You must post this rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new question for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their pages and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back.



ok, 11 tentang saya.



  1. -seorang yang agak baran jugak sebenarnya, tapi alhamdulillah, dah besar nih, reti control dah sikitsikit.
  2. -sangat suka dialect sabah.sangatsangat
  3. -nak kawen ngan orang sabah..bukan sabah.tak nak..yang penting pekat sabah..dialect dia..hehehe..
  4. -suka membaca, unsur sejarah , atau citer yang tajuk best/lebih kepada beri inspirasi...komik pun suke gak.
  5. -tak suka kena paksa.[sape yang suka?.haha]
  6. -setakat ni, hanya seorang je yang betul2 panggil nama 'fadhilah' -ustazah mase darjah 4.
  7. -tak suke pressure/ kalut nanti.
  8. -tak reti nak marah orang lama-lama.tapi cepat marah.
  9. -sangat tak suke orang yang tak punctual. huhu lagilagi bila orang tu yang tetapkan masa/kita dah bincang. letihhh weh tunggu . benci.
  10. -suke main games/ mmorpg.
  11. -tapi berhenti main sejak form 4.atas sebabsebab tertentu. 



jadi nih soklan yang aslam tanya .



Apa nama betol and penuh hang? nama dalam ic.
nama penuh..xpayah la kot.hoh hoho.hoo..[sebenarnye nk jwb betul tapii..ho hohoh..xperlu lah kot.]

Kenapa ber blog? no xnak reason yang cam bangang and self righteous, sila bagi jawapa jujur.
kalau tengok kepada first2 post, lebih kepada nak kongsi perasaan[haha, geli,] ok , pastu sekarang,
di upgradekan lagi,, saya nak kongsi tips2 hidup[err, pengalaman maksudnya], nk wat review, nak kongsi apa yang tahu..nak taw pendapat orang.



Umur please..
19.

Weight ko skang? hahaha kalau blogger pompuan aku rasa mesti xjawab ni
boleh ye xnk jwb, haha. tak nak jawab.[soklan kedua aq skip]

Setuju x yang media masa di Malaysia ni lame gila sebab pro pada parti politik, xde yang mainstream yang betol2 bebas bersuara?
haha, yup, cth : lau kat tv, pasti akan dibanned trus.. tapi mungkin sebab dorang dah betul2 betul yakin?
tapi yang tak best bila ada pemimpin sendiri wat salah, terus jugak back up, sebab ye dah yakin ngan parti
yang tu, em,tak kisah,pembangkang ke tidak, lau ade yang wat salah tolong tegur,sebab negara ni, negara kita.



Kau kalau tengok senarai new entry kat Dashboard biasa x main skip skip sebab taw blog tu xbest tapi follow jugak? haha
pernah .tapi kemudian, baca jugak sebab orang lain takde nak post yang baru.. hehe.

Are you in a relationship right now?
relationship between?,clarify sket.[wt2 xphm]

Pernah main kayu tiga?
tak.

Pernah jadi mangsa curang?
hoho, tak pernah, and tak nak.

Apa cita-cita zaman kecik dulu?
polis...polis trafik. [aq sangat enjoy tgk roda-roda KL, and armed reaction.haha]

Favorite cartoon time kecik2 dulu pe?
doraemon..*.*


and ni 11 soalans dari saya..
weeheee..

1- kenapa letak nama blog macam tu?
2- banyak2 blog yang follow, blog sape paling best? kenapa? [kire 1soalan jugak eh]
3- masalah hidup / lau tensyen giler-giler kongsi ngan sape?
4- dalam family, anak yang ke-berapa?
5- kalau online biasa buat apa?
6- antara chat and tengok movie, lebih suke yang mana?
7- apa benda yang kamu rasa cam nak gitaw orang, tapi kemudian tak gitaw sebab rasa cam tak perlu?
8- suke tak kos kat uni yang korang amek sekarang?
9- start belajar formal umur berapa?
10-start solat umur berapa n sapa yang ajar? [ni satu soklan jugak.hehe]
11-berapa minit siapkan entry nih? haha


ok, aq tak banyak sangat follow orang, [kebanyakannye , budak kelas sekarang., jadi sape yang dah kene tag sebelum ni, ikutlah, nak jawab ke tak nak, kalau jawab ok jugak.hehe] time kasih.

Thursday, November 3, 2011

benci kau sangat-sangat.


Post ni aku tulis pasal makhluk yang nama nyer ‘cockroach’ jadi kalau kaw geli, jangan baca.
….
……..
.....
..................................................................

Noktah.noktah.noktah.
noktah lagi.


aku benci lipas. Benci giler. Aku tertanya2 kenapa Allah cipta makhluk yang hodoh, nasty, busuk tu dalam dunia ni..sebabbbbb apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… argghhhhh…..

aku Tanya baba kenapa. Baba marah, kata semua benda yang Allah cipta mesti ada tujuan.. baba kata even lalat pun ada tujuan..ye lalat, aku tahu kenapa..mama pun marah,, Tanya..kenapa rumput Allah bagi panjang, orang potong, dia panjang, potong panjang balik, yang tu pun aku de jawapan, nak bagi lembu makan,, tapi lipas???  , jadi sebab tak dapat jawapan yang memuaskan.. aku cari sendiri, nak tulis mende ni sangat memerlukan semangat yang kental tahu, nak cari info dan mengharapkan takde gambar2  makhluk tu kuar kat screen memang mustahil, jadi aku just wat-wat tak Nampak dengan tak menumpukan perhatian pada bahagian images. Benci.

Satu2-satu nye perkara yang boleh buat aku benci giler nak pergi tandas malam-malam/or dapur sebab benda ni. Its either aku akan jerit kuat-kuat  kalau tersempak atau aku akan berjalan dengan penuh berhati-hati/senyap  bagi mengelakkan aku dan makhluk tu sama-sama panic.. benci nya tambah-tambah bila lipas tu terbang, tahu tak geli.   [kemudian tiba-tiba dapat rasa ada something merayap kat kaki,warghhh-perasaan semata-mata] Kawan aku lagi dasaat. Aku harap dia tak baca post ni, sebab dia lau dengar/baca perkataan lipas pun dia boleh jerit. Aku boleh lagi, tengok… siap boleh tulis.

Aku benci giler bile terpakse tukar toilet sebab ternampak ada lipas merayap kat dinding , tak boleh ke beliau menyorok sikit dari pandangan mata aku .. biasa orang suh bunuh je, lempang je menatang tu ngan apa2 jer….aku takkan pernah mampu nak bunuh lipas. Aku tak sanggup, bukan sebab kesian, tak.aku benci makhluk tu. Aku tak sanggup tengok cecair yang bakal kuar, dan aku tak sanggup nak cuci mayat dia. Geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..jadi apa aku buat, aku mengalah and tukar toilet. Tak pun aku suh adik aku [yg syndrome down tu] atau ayah aku tolong halau.  Benci giler. Kenapa la dia sangat hodohhhhh…kau wat muke kiut pun takkan pernah jadi comel la wahai lipas.. [cuba bayangkan lipas wat muke kiut ngan mata bersinar-sinar.=.=]


Ada satu kali, aku bukak laci meja aku..lepas aku balik dari cuti yang lama,, aku tengok ada jenazah lipas dalam tu. …tak sanggup den nak bukak dah laci tu jadi aku terpaksa mintak tolong dari sahabat-sahabat aku untuk tolong buang benda tu dari bilik aku..[walaupun terpaksa menebal muka sebab kena gelak] lau takde sape nak tolong , memang sampai aku check out dalam blik tu pun laci tu masih tak terbukak. Timekasih.

Banyak lagi pengalaman dengan lipas.yang pasti takde yang seronok pun.


Betul la . semua yang dicipta dalam dunia ni ada purpose masing-masing, even lipas yang hodoh tu.

Aku kata kaw lipas makhluk yang hodoh, nasty, creepy semua benda buruk aku anugerahkan kat kau. Tapi mana tahu.. kot-kot ko lipas kata aku ni buruk , busuk menyampah and sebagainye. Yang penting, aku pun ada purpose hidup kat dunia ni.  Kalau bukan lipas pun, mungkin ada manusia-manusia yang benci aku tertanya-tanya kenapa aku hidup dalam dunia ni..ilek la, nanti sampai masa aku pun bakal mati jugak.
Ok, cukup. Aku bukan nak citer tujuan aku / kita hidup which kamu kamu sume dah tahu and sedar sume tu..[ke ada yang belum tahu..?]

Ok setelah aku buat sedikit pembacaan, aku dapat tahu lah, yang lipas ni, memainkan peranan penting dalam ecosystem kite.
Dipendekkan citer..[sebenarnya aku tak paham sangat, tapi setakat yang aku paham katanya,,,]
Lipas ni.. dia termasuk dalam  global food circle.. ‘circle-circle kehidupan..’ [kat sekolah dulu dalam kelas tak reti nak ingat ke.]
Sebab lipas ni, panjang umur nye. Ye, istimewa sikit beliau ni boleh hidup tanpa kepala dalam seminggu lau tak silap.[sbb dia tak bernafas guna kepala dia[nose] ]

Dia tolong  abeskan makanan-makanan lebihan kat dalam rumah,yang sisa-sisa kita buang, jadi boleh bersihkan sikit-sikit.walaupun dia kotor tapi dia boleh jadi cleaner. Dia makan sisa-sia.. [dia makan sume benda adalah salah satu factor lagi yang dia hidup lama, tapi bagi kite as manusia, makan sume benda mungkin namanya menempah maut.]

Lagi, dia ni adalah makanan utama bagi kebanyakan serangga dalam dunia ni. Banyak binatang yang makan lipas ni, jadi lepas makan maka mereka boleh berkhidmat untuk kita.sumber tenaga la kononnya.. food circle, life circle..

Mungkin kalau lipas pupus dalam dalam dunia ni, banyak serangga-serangga or binatang-binatang akan mati sebab dah tak cukup sumber makanan. Bila dah jadi gitu, banyak la kerja tak jadi, dunia jadi kucar kacir sebab pupusnya lipas dalam dunia ni..

Tapi jangan risau, lipas insyaAllah tak pupus.

Em,
Sebab apa dorng jadikan lipas ni sumber makanan utama, sebab lipas ni tersangat la banyak,dia kan susah nak mati, lebih-lebih lagi bila ada yang tak sanggup nak bunuh  [lama-lama mati gak , end up mungkin dimakan cicak]  ade orang kata, kalau kita Nampak sekor lipas atas tanah, ada lagi 400 ekor bawah tanah tuu..wowowowo..seram, seram.seram.seram.

Dengar kata, ada jugak yang buat lipas jadi experiment untuk perubatan mende tah..[tak tahu boleh ke tak]

Ok. Dah abes membebel. Konklusionnya. Semua yang dicipta dalam dunia ni ada purpose masing-masing, bile kite belajar, baru kite tahu, and tentang lipas tu adalah makhluk yang hodoh, well, cantik tu sesuatu yang subjektif, hodoh pun sama jugak. Mungkin ada yang kata lipas tu antara creature yang paling comel dalam dunia ni… -_- '

p/s : Walaupun dia ada kegunaan,, jangan la amek kumpul , pelihara baNyak2 kat dalam rumah, boleh mendatangkan penyakit jugak. Time kasih. 

Tuesday, November 1, 2011

short note untuk diri.

"Do not count how many times people hurt and leave you,but count how many times you hurt Allah and He never ever leaves you.ALLAHUAKBAR~"
copied from my friend's status..

and i replied
   "  ‎1,2,3,4..5....100..1004.....2 many, i can't do th countng enymore .."


yeahhh,, sure as hell im lying.. i didnt do the counting at all knowing it were so uncountable..
i've been living in this world for already 19 years old. 5 months and 15 days. and ...counting..


and sometimes what i did, wasnt really in the right path..


i've hurts myself for hurting my own creator..
it didnt do any good to me.. it never does..

worst,,i've hurts so many people, so many..and i dont think i remembered saying any of my apology..

for Allah had said..

 mistake among humans, shall only be forgiven by humans themselves..

im so sorry..



Sunday, October 30, 2011

ooh,, kejam.., sian solihin..

pagi tuu..baba n mama ajak g k.krai sebab nak g rumah esu nah..

lepas siap2.. saya gitaw kat adik saya...

"adik, era rasa supo nok make eskrem laa hari ni..."

dan dia sengeh jerp..

balik dari k.krai.. baba singgah kat kedai laksa sebab mama teringin nak makan laksa...lagi.
baba parking kete sebelah seven e, and kedai cd..

solihin tahu tuu..

solihin first2 dia sebut nak g kedai cd..

"eya...ee..ee.".*smbil wt gaya tgn*

"xleh g sebab baba g kejap jah,, nanti baba maroh.." [alasan, tpi mmg betul pun]

selepas cubaan tak berjaya..

dia tunjuk gaya makan eskrem..sambil tunjuk duit rm10 yang dia ada [esu nah bagi]

haha, gelak jer lah sebab dia still ingat saya nak makan eskrem pagi xdi..pandai betul..jadi buat alasan nak beli aiskrim kat seven e,, padahal dia nak g beli cd..hahah..

"eskrem xdop jual hok kon..era nak make eskrem kon" [alasan lagi]

balik rumah,,

solihin tunjuk langit..

tengok langit..

"huje ni..bakpo?"

solihin tunjuk kepala..*smbil ckp jugak,tpi xngt dia kata apa*

"haha, adik nok mandi huje eh...?

dia kata ya..

smbil sebut "wa wa.." maksud dia..mandi duo la kot.. dia ajak saya mandi sekali..

heheh..pastilah xboleh adik, nnti demam..

kataku "eya xsihat ni,, tgk ni, selsema, batuk, nnti lagi sakit..xleh main dh ngan adik..adik pun xsihat gop,, batuk2 jugak.."

solihin xpuas hati.. masih ajak mandi, siap bwkkan towel lagi..

tapi baba dengar masa tu.. baba kata xboleh mandi, jadi dia xajak dah..
kesian adik, lain kali kita mandi hujan dua..yer..

ajak solihin makan,
dia kata dah kenyang, makan nasi takdi..

masa tengok citer..tiba-tiba pergi dapur, amek laksa..makan lagi..hehehe..
makan la adik..

sekarang nak main ngan solihin..haha..jadi dua beradik[exclude k.long yang duk kat atas] jer kat umah,, sangat lha.... hee..

Saturday, October 29, 2011

tanya sama hati..

"life is short, so make it the best for ibadah"  -read it in habibah's surau -or was it saodah?


Masa kita kat 'bawah..' macam2 kita cakap.. kita cakap kat diri kita sendiri yang kalau kita dah kat 'atas' nanti..kita takkan lupa diri.. kita akan steady..

bila kita kat 'atas..' kita takut sangat kalau kita 'jatuh'  padahal kita dah lama sedar yang kalau kita kat atas ke kat bawah ke.. semua tu dugaan dari Allah..

cuma kita kena usaha la.. dapat ke xdapat..lain citer..
....

enough with the intro..

..

"Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: Barangsiapa yg menuntut ilmu, dan tidak mengharapkan keredhaan ALLAH dgn ilmu itu, beerti dia tidak menuntutnya kecuali utk memperolehi hajat keDUNIAAN, dan dia tidak akan memperolehi bau syurga di hari kiamat kelak.."
"jangan kerana terlalu mengejar dean list, shingga kita lupa utk sntiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan..ikhlaslah menuntut ilmu kerana kita ingin menggunakan ilmu itu utk berbakti kepada Islam, bukan utk ganjaran keduniaan semata.."


this one captain copied straight dari wall kawan acik captain...


yeah..


so..result dah nak dekat..




lebih kurang macam puasa.. kita niat nak puasa.. tapi mesti terselit sikit dalam hati kita yang paling dalam apa tujuan sebenar kita puasa.. sebab nak slim, sebab nak jimat duit, sebab tu,..sebab ni.. and.. that is why la kita kena selalu setting betul2 niat kita.. 






ok, cakap sal dean's list.. semua orang nak.. betullah.. itu salah satu cara nak banggakan mak ayah kita.. bukti tuu beb yang selama ni memang kiita bersungguh2 belajar..[rezeki2]


tapi, janganlah kita just belajar/masuk kelas sebab nak dapat benda tuu...nk dapat sijil, nak rasa naik pentas,nak dapat keje hebat, nak gaji banyak.... nak tu,, nak ni..


lau ikut system sekarang, memang laa yang belajar hebat dapat keje hebat,gaji lumayan..tapi hidup bukan setakat tu beb...bukan setakat tu... kita bukan mahu kejar dunia je.. akhirat mahu letak kat mana??  
..




cuba kalau kita xdapat mende tu.. kadang2 terbit dalam hati.... 'aku dah belajar sungguh2, orang lain pun..kalau kata dorang study byk lagi, mcm lebih kurang ja..knp aku xdpt, dorang dapat, strike plak tu..aku...? "  [dugaan semua tu..]


hehehe.. kadang-kadang kita lupa kan.. yang kita study sebab apa..


insyaAllah, kalau kita ikhlas belajar sebab Allah, xdapat ganjaran kat dunia ni,, kita masih ada akhirat.. sabar..


...
bagi yang dapat DL, first class degree..bla bla bla..  jangan la eksyen plak, 
sedih pun ..
sebab...semua ni warna-warna dalam kehidupan ..just go with it..:) 


...............




oh satu lagi..


berkat.


kita jaga macam-macam perkara, cth : hubungan baik dengan cikgu-cikgu.., pergaulan dengan kawan..
sebab takut ilmu/hidup tak berkat...


tapi kadang-kadang kita  tak perasan , tentang benda-benda kecil dalam hidup ni.. kita dah buat salah somewhere, and then ada orang marah kita.. tapi kita xtaw..  cth : conteng dinding[yes, terbuat] 


tak pun buat jahat[buat kotor xreti nak kemas] kat tandas, kat tempat cuci pinggan/basuh kain..orang nyumpah2.. conteng buku library..buku teks ke..[tapi kalau boleh, maafkan sajelah..sebab kita pun mengharapkan kemaafan dari orang ,- rumate sy nasihat]
wat baik ngan cikgu,kawan/ kekasih.. tapi hati mak ayah tak jaga, kat umah tak penah nak tolong, nasib baik mak ayah kita baik, kena tegur tak layan/bangkang balik pun.., maafkan jer anak dia tuh..walhal airmata dah kuar berbaldi-baldi..


and........... macam-macam lagi...


....


ok dah..




rasa macam takde kesimpulan yang bagus untuk post ni..
jadi just nak gitaw, niat sangat penting yer kawan2.. setting niat betul-betul.. :)
jangan jadikan apa yang kita buat selama ni sia-sia..tata.. 
rugii sangat..
and yes, hidup penuh keberkatan sangat best. insyaAllah.


k..tata..assalamualaikum..








"life is short, so make it the best for ibadah"




p/s : tulis benda ni, rasa macam tertembak anak panah berapi kat muka jer..



Wednesday, October 26, 2011

semester 3. sepantas kilat. mencatat memori

 It was full but sometimes
                                      it was e.m.p.t.y..

well, ever imagined u almost fall down, and a hand grabs u..but then.. it slides down..
                                                                                          and u fell....    

well, it happened.                                                                            


semester 3. sangat pantas. sekejap.. sangat-sangat...

ada gambar-gambar kat post sebelum ni rasanya...jadi tak mau upload lagi.. sebab malas nak browse...huuhu..sorry..

http://akucaptainhero.blogspot.com/2011/08/hujung2-ramadhan.html
http://akucaptainhero.blogspot.com/2011/09/just-another.html


rasanya pengalaman paling tensyen ialah program anak angkat koko...tapi best jugak sebenarnya dalam tensyen2 pun..

ohh..lupa..lagi tensyen ialah english week..[tensyen ker]

ke 'kejot...'

sebelum tu lagi,,,  bukak pose di audi pun satu hal jugak..

berhari raya ngan madam sherry paling best...:)

bukak pose kat pantry pun best jgak.. :)

hari raya kat al-amin pun best gak..walaupun maryam xjoin..boleh lah rasa best jugak. [sebab dapat makan free]


mari kita buat subjeks' review.. [not really a review, sikit kata2 saje]

first..

khidmat masyarakat..

-first2..waaaa..bestt arr... sebab always xda kelas..but come to think of it..buat apa aku masuk mende tu kalau xmau wt kelas... sikit apa pun xdpt pengalaman/ soft skill kecuali mende wajib program anak angkat tu yang semua koko pun kena join. mungkin sebab kekangan masa..jadi sentiasa bercuti....- bosan.

PJ-
-as always,, practical lagi best dari theory.. sebab selalu tertidor masa dia ajar.. tak sempat salin nota sebab slide laju sangat.. dengar2 and xingt.. siap gabung2 notes lagi.. last2 bercelaru.. jadi terus berhenti salin..
wat praktikal pj,, kat padang ..best.. semua best kecuali part lari2.penat seyh..rasa macam kanak2 kembali..sebab sekolah menengah xdak semua tu... jadi teringat sekolah rendah..best2
masa exam..sadiss...

E.Proficiency
..
grammar nih...
nak kata susah, sebenarnya xdalah payah sangat...tapi masa test selalu xdpt markah penuh o sipi2 nak penuh ke..

Intro to Tesl..

ye lebih kurang linguistic, tapi macam payah sikit lah..best lah jugak..tapi banyak giler teori2 nk kena ingat.. miss kata..macam biasa..'. semua kena paham'..hapal satu2 dok jadi keje..nak explain pun dok reti..[mmg agak xphm pun sebenarnye.]

usahawan
- boleh lah... subjek uni..

aqidah n akhlak

- best. subjek ni best.. subjek uni..

methodology

subjek ni kelas ye kena mengajar...  seram jugak lah ...tapi senior kata masa ni lah kena tumpu betul2..semua tu penting utk masa depan...mengajar nanti [bukan semua ke penting]..
minggu2 first..tiap2 minggu ada group's task... simple tapi sakit jugak nak buat.

pedagogi..

intro to tesl, methodology, pedagogy,..semua lebih kurang....  pedagogi ni bahasa melayu.. masa micro teaching yer..punya la dasyat....


apa-apa pun, semester 3 ni jadi agak jahat sikit banyak sebab ..

*imbas kembali masa sem 1 and sem 2[jahat sikit]*

selalu duduk depan.mai lambat pun still duduk depan...orang amek tempat ..marah2 kat belakang smpai xleh nak belajar sebb nk marah... pergi jumpa mentor..study week jumpa lecturers..selalu mai awal...


sem 3...

duduk depan...tak..awal pergi pun seat belakang amek..
mai awal jarang-jarang..
kadang2 sengaja lambat sebab hostel dekat ..[alasan]
mentor xjumpa langsung, result tak tunjuk..
study week... jumpa ,, tapi secara tak sengaja sebab teman member hantar apam balik kat lecturer..alhamdulillah, dapat la jugak sikit2 ilmu last minit.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
masa exam..

dulu dalam hall je dapat tengok muka member2 sekelas..sekarang hostel, bilik dekat2..memang selalu nampak..lain lah... :)

............



.................

sem IV menanti2... 9hb dah kena pergi.. insyaAllah..


















Tuesday, October 4, 2011

aku la tuh.

kau belajar, kau pandai. kau masuk exam..kau dapat markah tinggi, pointer melambung2..

kau masuk sem lain, kau masuk tingkatan lain. kau lupa apa kau belajar. adik2 suruh ajarkan, kau kata tak ingat. kau kata kau tak belajar pun... sebab apa? sebab kau belajar krn nak exam jer..

kau masuk kelas. lecturer ajak bukan yang dalam silibus. kau bising2. kau kata nanti kelas lambat abes, kena buat extra kelas bagai. kau tak sedar ke, yang niat kau dah terpesong sekarang.. kau belajar sebab apa ni.

kau masuk kelas. kau belajar. lecturer mengajar. dah abes masa kau tanya mana kedatangan..hari tu.. lecturer lupa bawa kertas nak sign attendance, lecturer kata next week masuk kelas baru tanda untuk 2 minggu. kau bising2 kat belakang, kau kata, baik tak yah datang minggu ni, baik datang next week je. masa tu kau sedar tak apa kau cakap?


kau pergi kelas, hari tu ada presentation,citer pasal syurga neraka,kiamat, azab itu azab ni.., kau kata kau takut. memang kau takut. semua orang pun takut. pastu kuar kelas, kau dah lupa pun, kau tetap buat apa yang xboleh buat. tinggal apa yang patut kau buat.

kau memang baik, selalu nasihat orang, apa salah kau tegur, apa yang kurang kau tolong tambahkan, tapi bila orang nasihat, kau selalu wat derk, kadang-kadang kau bangkang gila2 , sebab kau rasa kau betul, orang lain semua salah, pandangan orang kau letak tepi , terima pandangan sendiri jer.



Sunday, October 2, 2011

close up..

For the better and clearer images..just click on it.










this boy accompanied me..